New chapter, mds.

Assalamualaikum zzz haha salam ramadhan! Okay, macam biasa lah nak buat post baru je mesti bertangguh. Harini dah nak balik u baru buat padahal cuti seminggu kut kat rumah.

Hm Alhamdulillah, aku sekarang sambung belajar dekat uitm kampus alor gajah (kag) tapi fames dengan nama uitm lendu. Lol, lendu tu memang pekan betul--memang sampai area situ je aku tak dapat line 😑🍃 (benda pertama aku risau haha) tapi dalam uitm, dapatlah umobile nya cuma orang kata kat situ nak laju pakai digi. Kitorang punya tarikh result upu keluar dengan hari daftar ada gap dalam lima hari je, kau rasa 🌚 haha siapa yang accept tawaran lambat memang sakit jantung ah sebab nak settlekan semua benda kan && Alhamdulillah aku dapat first choice huhu.

Mood sepanjang dapat tu happy je senanye tapi emosi tak stabil sebab tetiba nak kena daftar awal, dahla orientasi seminggu 😂🔪 kitorg panggil orientasi tu mds (minggu destini siswa). Okay, siapa ada baca pasal mds lendu punya pm (pembantu/pemimpin siswa) tu teruk, takyah percaya sebab bagi aku takde apa pun. Maybe kalau korang manja sangat tak pernah duduk asrama rasa mcm errr-- tapi rilek ah dia tak dera kau pun. Taktau lahkan kalau before ni mds nya teruk macamtu, tapi pm kalini semuanya memang best, gerak kerja apa semua nampak smooth je walaupun aku tahu dorg kabut jugak belakang tabir haha. (Ceh pernah jadi fasi f1 dulu hahahshs)

Time aku first time tau dpt uitm lendu, aku biasa je sebab yela melaka je kan, kira dekatla dengan johor sebab yang lain dpt uitm perak, pahang, penang haha lagi jauh dapat unimas dengan ums. Tapi tulah kan, Allah bagi korang jauh sana tu sebab korang mampu kahkah tak macam aku -- nanti homesick teruk 😂🌴 Lepastu, aku search google, yang keluar semua pasal benda² tu (👻💀) tapi aku tak baca huhu moga Allah pelihara aku dari benda² macamni, Amin. So watlek wat chill, aku dm akak sedara sebab dia dulu study situ, haha dia kata takyah dengar-just have fun studies, jangan culture shock and so on. InsyaAllah 💪 dia kata kat sana havoc lol, boleh tahan la setakat ni haha. Kakfiza pon kata orang panggil sana lendufornia hahahsha nanti tengoklah hashtag #mdslendu #golendu okay 🌴

Benda kedua aku risau, roomate. Tapi Alhamdulillah, aku dapat kolej baru. Serious lawa, sabajap eh.


Okay lah luar je, nak tengok dalam boleh pm haha. Ada sepuluh tingkat, aku dapat tingkat 9 (sebab datang lambat, eh tak sebab yang lain tu ha datang awal sangat 😂) & ada lift. Tapi sepanjang mds ni lift mmg overload je sebab semua rushing kan bila nak berkumpul--nasib baik aku tingkat atas, so dapat masuk penuh kan lift haha tapi nanti setiap tingkat dia benti sebab budak tingkat bawah pun tunggu nak guna lift tapi tak dapat haha.

Kolej tun sabariah - satu rumah, empat bilik. Satu bilik duorang. Rumet aku orang sarawak & non muslim, huhu sepatutnya aurat aku dengan dia macam ajnabi tapi sebab dah duduk sebilik ngan dia so aku just tak tutup kepala dengan kaki je. Alhamdulillah baik orangnya, dan housemates pon Alhamdulillah kepala ngam je ngan aku haha. Sepanjang mds tu memang tggu balik kolej jela sebab nak jumpa hosmet.

Okay ni sikit penjelasan pasal aurat tu : 

Aku rasa aku tak mention lagi aku kos apa haha, okay aku dapat kos pengajian perniagaan / diploma in business studies (dbs), tak start belajar lagi so no comment. Start pun nanti bulan september huhu lama lagi. Naik cuti ni kitorang ada interim je, just belajar tiga subjek. 

Okaylah, tekak aku pon loya dah sebab ngadap fon dalam kereta. Mak abah pun dah warning tadi kata mata aku tak rehat (dah kabur sikit senanye lol tanak rabun pls) yang penting, kat mana² pun kita-- ingat, kita hidup berTuhan. Rasa lost, happy apa semua, cari Dia. Bila kita letakkan diri kita macamtu, kita akan pandai jaga diri. Nak kawan, biar dengan semorang, tapi nak rapat kena pandai pilih, sebab kawan pun mencerminkan diri kita. Macam² jenis manusia kau jumpa nnt kat luar, yang aku jumpa ni pon baru mds seminggu-- tu pun dah macam² gaya haha. & Ingat, nak dakwah pun macam² cara, paling simple pun keperibadian kita. Kadang kita tak perasan pun, ok akhlak jaga yow-solat jangan tinggal. Doakan aku kuat nak hadap eh, kbye adios! 🌸

Comments

Popular posts from this blog

Next step?

Choice.

Trial SPM ft tribulations;