Choice.

(So inilah petanda yang post ni sebenarnya agak melalut kerana ayatnya yang tidak tersusun seperti apa yang terlintas di kepala :'))


Assalamualaikum huhu.
Punyalah bertangguh nak buat entry ni macam apa. Bila ada mood, time tu kerja banyak. Ni ha bila takde kerja takde mood pulak haih (sebab kedai dan satu pasir gudang rasanya takde air so macam tak boleh nak buat kerja sangat lol alasan ahaha padahal kemalasan tahap dewa dah tak mampu bendung).

Alhamdulillah ni dah masuk bulan ketiga hidup aku tak begitu lifeless macam entry sebelum ni 😂 (ok ni type guna phone sebab laptop belum ada hiks). Rasalah tu macam zon panik en bila tengok kawan kawan dah kerja dah daftar lesen bagai tapi aku kat rumah melangok depan tv takpun kemas rumah hari-hari sampai sekarang setiap kali balik rumah dah tak terkemas sebab takde aku lol pastu  hadap drama pun dah naik muak haha masyaAllah. Nak keluar hang out pun kena tunggu event tau zzz.

Bagi aku, nak kerja ni sebenarnya untuk tampung kepuasan diri sendiri sementara komitmen belum banyak sangat & sebelum sambung belajar of course ada nak beli sesuatu tapi taknak susahkan makbapak kan. Ha lagi pulaktu nak beli topup nak bayo bil tepon, nak merasa belanja family guna duit sendiri ha macam macam lah, semua memang untuk kepuasan diri sebenarnya & maybe untuk simpanan untuk masa akan datang eheh. Tapi aku tengok yang kerja nya major perempuan ahaha ok tanak cakap (pelik sebenarnya tapi hm kitorg bajet duit nak beli tudung baju kasut bagai ha mekap tak masuk lagi tu haha) tapi takpe lahkan, sebab ada certain yang makbapak memang tak bagi.

Yang makpak tak bagi kerja tu takleh nak salahkan sangat maybe mak ayah tanak kita susah biar nak leklek kat rumah sebab nanti pun dah sambung belajar en jarang balik. Pastu mungkin duit tu masih mampu lah sampai tak perlu untuk kerja lain tapi aku pahamlah sape je taknak beli guna duit sendiri en sebab tanak susahkan mak ayah tapi korang patut bersyukur sebab takyah guna duit sendiri haha. Kalau bebetul korang tak tahan duduk rumah at least fikirkan something supaya tak lifeless sangat. Macam before ni aku ada list kan apa yang aku boleh buat sebelum sambung study ni walaupun dalam list tu macam ada yang mustahil kita nak selesaikan tapi kat situ lebih jelas kot ape benda haa apa tah aku bebel ni hilang point pulak! :'/

Aku en memang tengah kumpul duit tapi duit ni keluar haha adoi jaranglah masuk. Tunggu ada account bank sendiri kut baru nampak teratur sikit duit nya. Siang jaga kedai, malam ngajar adik sedara pastu nyambil jual buku hmmm penat lah sikit tapi buat benda yang kita suka ni sebenarnya tak kesah pun bila dah penat tu. Tapi kalau boleh nak lah jugak en ada orang urut ke apa hahaharapan. Nak cerita kerja yang aku buat hm banyak senanye nak kasi details en malas pulak tetiba haha (memang pemalas abadi).

Cuma satu ah lagi frust tak dapat dapat huu lesen kereta ;__; Abah suruh kumpul duit sendiri tapi haha takpela fikir balik baik beli laptop dulu. Nanti jela lesen tu haih lama lagi kut zzz.

Haritu aku ada baca : Don't anger your parents in order to please other people. Those other people did not spend their lives building yours <\3

So terima lah seadanya hidup kalian sepanjang empat bulan sejak habis sekolah ni macam mana. Carilah hikmah, insyaAllah ada. Hidup ni pilihan, setiap pilihan yang kita nak buat sekarang menentukan masa depan kita. Kalau depress stress tension, jangan diam sorang diri. Get help. Of course kena tolong diri sendiri haha ok melalut ni. Semoga terus berjaya dengan izinNya dan berkat kedua ibu bapa 🌸

Comments

Popular posts from this blog

Next step?

Trial SPM ft tribulations;