Trial SPM ft tribulations;

Assalamualaikum hua kerinduan kesayangan semuanya.
ada apa dengan 23 julai sampai 2-3 orang hantar mesej aku tak baca haha.
Hm and y'know duduk 7 minggu kat smakj tak balik rumah, boleh mengundang tekanan jiwa, perasaan, emosi yang tak terkawal mengong-nya.
Dan semua kekusutan yang menyesakkan hati, otak, limpa, jantung yang tak tertanggung telah di'eleh'kan sehingga tak sedar ada hati manusia yang terkecik, mungkin.

Minggu satu dan dua.

Haa akak-ii F5 yang demam bersambung-sambung dari naik raya sampai berjangkit dengan orang lain, dan aku yang acah antibodi kuat ni pun terjebak sekali sebab dah berapa tahun tak demam terbaring macam mayat hidup takde daya tu. Seharian kauu tak masuk kelas, nasib baik time tu hari balik kampung, at least takyah stay smakj. Act dari malam rabu tu menunggu seketul manusia sampai rasa nak demam haa. Tapi tak balik rumah pun sebab balik rumah nurin, so macam tak hilang pun homesick nya tu hawauu.
Tu le berlagak kuat lagi, hari lepas tu boleh pulak ikut raya 11 jam dari pagi sampai malam padahal tak larat, kan dahh padan muka kau pengsan hari esoknya kat sekolah orang sebab ada program kimia. AAAAAAAA malu -_- benci betul. Tak taulah perasaan hari tu, hahaha gila gembeng, nak nangis je macam nak lari sekolah, tumpang sesape bawak aku balik pasir gudang ke- nak jalan kaki kat highway pun boleh hahahaha sebabnya tawu lepas minggu kedua tu memang tak akan ada balik kampung lagi sampai laaah hari ni. kau pun demam jugak en? Tahniah ada chemistry, hahaha masal.

Minggu tiga.

Bersama mood yang sedang dipulihkan, aku acah acah excited sebab ada biology outreach kat sains sembrong. Tambah pulak abah kata dia ada meeting kat kluang dan nak singgah jenguk anak dia yang sorang ni. Tapi takdir Allah tu, banyak hikmahnya tau, huhuhu sedih betul hidup ni. Aku tak jumpa abah pun sebab ikut trip kedua bas sekolah (sebab aku ngan lima lagi kawan berfoya foya makan kat kantin sampai tetinggal bas hahaha) so ceritanya abah kat smakj dan aku masih kat sasem. Agagaga, tapi memang takleh nak salahkan abah sebab aku yang lambat pastu kau pikir abah tu banyak masa ke nak tunggu kau hahaha cara menyedapkan hati.  Jadi, saya redhoo TT__TT

Hujung minggu pulak ada fesko. Ni lagi satu benda aktiviti yang aku acah macam malas nak tolong settlekan selagi takde arahan en, tapi last-ii diri sendiri yang susah woowoo. Entah loe. Hidup memang kena beralah ye, serik betul. Alhamdulillah le ada ketua kalau tak..haa entah.

Haa ni lagi satu, hujung minggu yang kami-ii kena marah depan khalayak ramai dalam kluang mall ahaa mimpi ngeri betul, taknak ingat.

Minggu empat dan lima

Macam dah boleh terima sepenuh hati yang memang takkan balik selagi tak habis trial. So, jumlahnya akan jadik 10 minggu AHAAA tapi tak pun.

Pastu ngengade ah sikit en call abah cakap yang rindu nak makan asam pedas mak hahaha pointnya nak suruh mak abah datang, spend time, makan-ii ueueueue mission accomplished ~(-3-)~^ last mak abah datang makan-ii pun time aku F2 oho so apa salahnya. Dengan berselipar entah macam diri tak terurus tu mak abah bawak aku makan kat pondok cantik baru siap tu. nasib baik takde monyet gendut datang kalau tak aku cicah daging dia dengan kuah asam pedas mak bawak tu haa.

Minggu enam

Ni dah start otak tak betul balik, sebab diberi harapan palsu kononnya dapat balik. Banyak benda kena hadap, masalah ini itu. taknak cerita.

Minggu ketujuh

TRIAAAAAAAAAL WUU. pejam celik mata, kembang kepis hidung, bukak tutup mulut sampai tak sedo hidup bape bulan je lagi kat smakj. (kalau Allah bagi izin hidup-la) Semalam periksa bm, macam orang tak pernah belajar bahasa melayu tawukk. Aku jawab pakai dua helai kertas untuk dua karangan, kau rasa, aku jawab apa? Taktau lah, agaknya habis trial ni memang kena sembelih ngan cikgu kot buat daging korban. Baru periksa PQS, BM ngan English je. for the rest, yang for the next two weeks ni lah, naik cuti ni. Doakan, biarlah paper bm je aku macam kecundang. YA ALLAH PERMUDAHKANLAH (;__;) kalau ada cara nak bijak cerdik pandai pintar buat karangan bm, kongsi-ii lah ea.


cerita aku sampai sini je. yang lain aku dah elehkan dan maafkan. Ustaz fuad kata anggap orang lain malaikat. semua salah kita. so maafkan segala salah silap aku. kalau takleh nak maafkan yok ah kita gaduh hahahahaha.


Maka, sentiasa lah bersyukur dengan apa yang dah jadik dengan hidup kita ni. Tak semua orang rasa bahagia yang kita dapat dan tak semua orang rasa sakit yang kita hadap. Kita sibuk nak jadik orang lain, padahal ada orang nak kehidupan macam kita. Tak tau lah apa kaitan dengan cerita berjela aku ni tapi ni je sebenarnya pointnya. Kalau kau pegang betul-ii prinsip rasa syukur dengan hidup kau, kau takkan merungut dan rasa positif sentiasa kut. Lagi bagus, buat lah sujud syukur selalu okey.

kalau rasa lifeless, tak kuat, mintaklah kekuatan pada yang memberi kekuatan. Allah kan Maha Kuat.
banyak-ii buat amalan, tapi bukan untuk spm, sebab kita bukan hamba spm. Tambah amal ni untuk makanan roh kita ni -  hati hitam, jiwa kotor. biarlah rasa hipokrit awal-ii buat baik ni. Nanti rasa hipokrit tu akan hilang sendiri bila kita dah tak buat amalan tu dan kita rasa kosong, time tu lah keikhlasan datang mengetuk hati kalian, kofkof. Moga istiqamah.    Dah, ni je.

Doakan tuan hamba tabah nak lalu jalan mencari 11 A+ SPM dengan redha-Nya.


merindui pujah dan farah a dan kau dan kau kau kau kau lah.

Comments

Popular posts from this blog

Next step?

Choice.