Holiday II - Ramadan

"Mama, boleh tak nak puasa setengah hari?"
Tanya salah seorang adik sedara guwe kepada mamanya pada pukul 5 petang tadi.


and so yeah salam Ramadhan Kareem! our first ramadhan went so fast right? Hm
aha okay saya dah ngantuk act tapi tengah tunggu upload gambar dalam google drive phew so merempat kat sini. to make it not so short lah (kot) nak cerita-cerita lah ni lel,

Before tidur biasanya dah masak nasi siap siap, so esok tinggal buat lauk untuk sahur. Family ai memang dah biasa sahur nasi, so kat sekolah tu tak pernah lah nak skip sahur kecuali time f1 sebab dewan makan jauh gilers. Disebabkan ada gastrik, saya tak mau ah cari nahas ngengada tak sahur an.

Pernah sekali tu time form 3 kot, dah aku ni memang jenis lenjan je pergi dm sensorang sahur halantak terserempak ngan sesiapa kalau ada haha sebab kat dorm tu semua jenis malas nak bersiap. Sesampai nya saya di dm, makcik tu baru nak keluarkan nasi lel padahal dah nak imsak lah jugak. Nampak lah kan budak smakj perempuan ni memang malaih nak bersiap hahaha semua makan kurma je kot sahur.

uwah skip cerita -- dan dah menjadi kebiasaan nya iftar kali pertama, family aku mesti balik kampung belah abah--bawak nenek belak mak sekali sebab beliau tinggal sensorang kat muar. Hah, tadi balik kampung memang kecoh sebab dah lama tak jumpa adik-ii sedara. Semua kecik-ii lagi sebab yang besar cuma kitorang adik beradik, dengan anak makngah beberapa ketul macam nazmi ngan mimin, hahaha. yang dulu baby dah pandai jalan, yang pelat dah bercakap, yang ada gigi pun dah rongak. Adou memasing. Pastu aku jenis layan budak-ii kot, memang tak tenteram nak buat kerja kursus addmath kat kampung bebudak ni dok kacau mintak selfie, ambuih.


Siap tak bagi aku balik tu suruh tidur kat kampung, tapi terpaksa balik sebab memang tak plan pun nak tidur sana haish kerja banyak tak settle lagi kot. Maunya duduk sana aku memang tak belajar, dok rumah pun liat nak belajar. Pastu dorang kata raya nanti bawak kek super ring hahahaha pokdia. Doakan lah kak haida lel yang nak spm tapi macam tak ni. Mohon sedekah alfatihah laaaaaaah hua,

Dah ah, tersebut pasal spm terus takde mood, haha masal.
So takde benda sangat pun nak diceritakan nya, dan rasanya abah dah dapat first goal ramadhan dia, sebab tadi dia yang azan maghrib kat surau huhu lep lep kat abah. 

Sooooooo, selamat menjalani ibadah puasa. Kalau nak cerita semuanya jenoh lah jari ni ngan mata korang tu lol. Rebut pahala Allah bagi berganda-ganda kat bulan Ramadhan ni. Semoga amal kita diterima olehNya. Okay gaiss, maaf salah silap! g'nite ;')


mukmin bagi.
belajar lah awok, tahu dah kita sama-sama malas.
tapi sampai bila? lel.

Comments

Popular posts from this blog

Next step?

Choice.

Trial SPM ft tribulations;