Dulu.

"Kalau jadi budak baik time sekolah rendah dulu tak best sangat, sebab takde benda nak cerita,"


/terus mula/

Dulu time darjah satu, ada seorang budak yang tak puas hati dengan aku sampailah hari terakhir sekolah darjah enam pun masih nak gaduh. Tak tau sebab apa, tapi dia memang tak puas hati lah senang cerita (sebab dia yang cakap lol) Aku ni, best je nak balas dendam. Maklumlah haida kot. Tapi biasanya aku tak mula cari pasal lah, dan takkan balas dendam yang dasyat-ii (ceh macam baik kan hahahaha). Paling takleh lupa bila dia baling stokin kat muka aku kat kelas. takleh lupa dia langgar tangan aku lepas kena suntik sampai aku nangis (tak nangis pun la tipu je). takleh lupa dia tiru karya-karya aku (yang buruk tu) jadi hak milik dia. Aku redho je sebab bila aku try nak baik-ii dengan dia, dia buat aku macam bengang je kan. Aku pun malas la nak layan. Tup tup bila form one kitorang jumpa balik, gila gila takyah cerita lah, sampai sekarang pun kitorang throwback gelak gelak. Sayang ko ummi. Bila lah ko nak berhenti meninggi, heish.

Naik darjah dua pulak, mula lah ada classmate teriak-ii pasal kawan dia suka budak ni lah, budak tu lah, aku lah (ceh) sampai cikgu-ii ngajar pun sempat menyakat. baru darjah dua kot, lek ah. Bosan ah cite pasal suka-ii ni, haa aku rasa nak cite lagi pasal budak yang tak puas hati dengan aku, tapi ni orang lain la. lelaki, tapi yang ni, dengan aku aku sekali tak puas hati dekat dia. sebab aku bawak kad Uno masa akhir tahun tu, lepastu dia ngadu kat guru besar pastu kena rampas pastu kalau nak balik kad tu, kena jumpa cikgu sendiri alaaaaa sibuk je tau. Bengkek takyah cakap lah, ada je nak cari salah orang pastu bgtwu cikgu -  sampailah dajah lima hahaha ayo tapi sekarang emm apa kurangnya psh hahaha sorry man. Banyak je aku buat jahat kat ko kan, sebab tu lah kan ko carik pasal.

Darjah tiga best, kelas takde laki langsung, heaven gila. Time ni, yanie ngan izzati baru pindah masuk. Aku rapat dengan yanie je time ni ngan syuhadah. Suka lukis-ii katun lalu kami buat buku cerita hantu (merepek takyah cakaplah) cuma time darjah tiga ni konflik ngan kawan rapat. Ala cerita budak-ii kecik, nak jeles-ii tengok aku kawan dengan yanie (aku kawan ngan semua orang kot) pastu ada sekali tu main cop tiang pastu dia tak menang-ii pastu pergi nangis bgtwu kakak aku (kompem la akak aku marah aku an) lalu dengan tanduk yang dari mana tah datang, aku baling pasir kat muka dia (kuaja tak) hahahahahahaha jahatnya. Eleh siapa suruh nangis, banyak lah lagi benda aku buat dia sakit hati sebab hati aku sakit jugaklah kan. Cuma bezanya, dulu time sekolah rendah, sesakit-ii hati pun boleh hilang terus sebab boleh tembak kat situ jugak (aku je yg camni kan haha) dah makin beso ni, pendam je lah (yeke).


Darjah empat, mahfuzah pulak pindah masuk, budak baling fames kot time tu, jadik tumpuan budak gangster zaman tu, memang aa satu kelas kena tempias. Poster aku join pertandingan baru nak hantar kat cikgu, tengok dia dah koyak-ii kan depan mata. Nasib baik lah lagi tua dari aku. Tapi tabik ah mahfuzah tumbuk dia hahahahahahhaha speechless. Aku kat kantin time tu, tetiba ada orang datang bagitau aku yang mahfuzah tumbuk budak gangster tu kat musolla (dah lah orang nak prepare baca mathurat psh) tak habis aku makan tengahari tau sebab ayooo kenapa ngan budak baru ni berani sangat hahaha tapi dalam perjalanan kat musolla tu aku gelak la sopan sopan, buat muka tak bersalah lalu mendekati si mahfuzah gendut lalu aku lupa apa yang berlaku kahkah.

Cikgu pulak dah kenal sangat aku memang rapat dengan yanie ngan syuhadah. Kitorang selalu lah jugak tak pergi rehat sampai kantoi sebab baca komik kat kelas. (budak xpaus hati tu la ngadu lol) hahahahahaha pastu kena mention "Geng Khairanie!" lalu kena rotan di tangan. (pengawas paling tak berdisiplin dan nakal sejak dulu sampai la tahun lepas pfffft)

Time darjah empat jugak, wani baru masuk darjah satu. phew macam-ii hal toksah cite lah dia pun main tumbuk-ii jugak, tumbuk budak laki sampai bibir berdarah hahahahahaha aku ke kakak dia lahai adoi. memang wani lah kan, last-ii yang pujuk dia tu budak kena tumbuk tu, aku tak paham betul pehal terbalik (siapa yang patut nangis senanya?) lol.


Darjah lima pulak, masalah kelas yang selalu tak siap keja sekolah sampai cikgu merajuk (akulah salah seorang) huwa aku memang sayang subjek bm. tipu je lah tapi, tapi takleh jugak, memang kena sayang betul-ii kot. Nak kata aku cakap jawa selama ni, jawa pon aku tak. Nak cakap bugis, lupa pulak nak belajar bahasa bugis. Memang cakap melayu kan lol tapi kenapaaaa TT__TT sampai sekarang macam indah sangat result bm aku.

Time ni azam azim baru darjah satu, pergh memang best lah KAN bila aku pergi musolla nak panggil dorang balik, tengok dorang tengah ajak classmate aku piggyback dorang, sian budak tu kena buli. Budak lain pulak, kena tumbuk dengan azam azim. main kejar-kejar. sungguh mengapa mesti budak-ii kelas aku yang azam azim nak ajak main kalau ye pun. Bersyukur lah ya Allah dorang tak masuk smakj, tak tau lah apa jadik agaknya. Azim pernah tanya soalan yang tak patut disoal haha,

"Azim selalu bulatkan jawapan A time periksa, tapi kenapa tak dapat A?"     faham tak perasaan kakak dia niii, hahaha. senang, hantar dia tahfiz sepenuh masa terus. tu lerrr memain lagi.


Darjah enam, upsr hahahahahahahahaha wiii aku dah malas nak taip lah pulak.
Sebenarnya aku nak cite soal hati, tapi bila taip je, aku padam. Tak sesuai kot nak cakap soal hati, tu yang tak masal throwback sikit sekolah rendah a.k.a zaman-ii macam belacan punya perangai. Takyah cite, aku memang nakal, suka kacau orang kot lagi-ii budak tahap satu, garang (katanya), pemalas, ponteng kelas ngaji sebab nak beli jajan belakang sekolah hahaha aaaah macam-ii lah. datang sekolah pun nak dekat pukul lapan, sekolah tahfiz tu lima minit ja kot dari rumah pergh mengalahkan budak-ii yang rumahnya kat jb sana. macam sekolah tu abah punya kan lol.

Nakal-ii pun, nakal jugak sekolah menengah ni, kalau nak cite, tunggu habis sekolah lah haha. Cerita sekolah rendah, kalau dah start bukak cite, satu hari pun tak habis nak throwback.
Zaman jahiliyah, zaman yang kita semua tak tahu, main terjah je buat semua benda ikut suka hati. Bila makin besar, makin banyak tanggungjawab. Makin banyak dah belajar, banyak benda nak fikir sampai benda-ii yang terlalu complicated pun nak fikir (agaknya). Dah tak ada masa dah. Semua dah pandai fikir dengan waras, kan. So, amalkan apa yang kita dah belajar. Alhamdulillah lah dah tak nakal sikit bila kat smakj tapi nakal banyak lol hahahaha. Dah dah, takyah contohi aku.



Hey,yang lepas itu biar lepas.
Bukan hanya untuk dikenang atau diulang, tetapi belajarlah daripada sejarah yang kau dah tempuh tu.
Untuk yang bakal kita jadikan sejarah, fikir dulu sebelum bertindak, sedar lah kita bukan lagi budak sekolah rendah lol. Dah jom bangkit!

Adios. Doakan soliders, doakan smakjians.                                                                                                                                                                                                                                                                       

Comments

Popular posts from this blog

New chapter, mds.

satu.

Next step?